SanDisk Memperkenalkan Pemacu USB-C Terkecil Di Dunia Dengan Storan 1TB
January 9, 2018
Aman
SanDisk turut tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri ke CES 2018, dimana kini mereka memperlihatkan beberapa pemacu terbaru – termasuk salah satunya adalah pemacu USB-C yang bersaiz kecil dengan storan sebesar 1TB.

Pemacu USB-C ini lebih kecil berbanding dengan penawaran lain, dan memandangkan ia hadir dengan sambungan USB-C, maka ia membolehkan pengguna menggunakannya bersama pelbagai komputer riba terkini – termasuk bersama telefon Android terkini.
Buat masa ini, harga jualannya masih belum diumumkan lagi, tetapi tidak mustahil ia berharga agak tinggi.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.