Acer Memperlihatkan Projektor 4K Dengan Sokongan Pembantu Suara Amazon Alexa

Acer Memperlihatkan Projektor 4K Dengan Sokongan Pembantu Suara Amazon Alexa

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Salah satu trend yang agak menarik yang dapat dilihat di CES 2018 ialah penggunaan pembantu suara Amazon Alexa di kebanyakan peranti-peranti seperti laptop dan sebagainya.

Acer juga tidak ketinggalan dengan mengumumkan kehadiran projektor Acer V6820M/i yang boleh menayangkan skrin bersaiz 120 inci pada resolusi 4K. Ia juga mempunyai ciri HDR dan juga sokongan untuk gamut warna Rec. 709 untuk ketepatan warna seperti didalam panggung wayang dan juga ciri Acer AcuMotion yang membuatkan babak-babak aksi dan laju kelihatan sangat lancar.

Penggunaan Alexa disini juga dilihat sebagai satu ciri yang cukup menarik. Ia boleh dipadankan dengan peranti Amazon Echo, dan setelah itu, anda boleh menggunakan suara anda untuk mengawal projektor tersebut dengan arahan seperti “Alexa, turn on the projector,” “Alexa, select HDMI as the projector source,” atau “Alexa, change projector display mode to bright.” dan sebagainya.

Spesifikasi khusus berserta harga dan tarikh pengeluaran laptop ini masih belum diumumkan, jadi buat masa ini kami hanya boleh menunggu dan lihat sama ada projektor ini akan hadir di pasaran tempatan ataupun tidak.


TIPS & ULASAN