GoPro Mengatakan Mereka Terbuka Untuk Menjual Syarikat

GoPro Mengatakan Mereka Terbuka Untuk Menjual Syarikat

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

GoPro boleh dikatakan menghadapi fasa yang mencabar dalam syarikat mereka, dimana angka jualan dan pendapatan semakin merudum – disamping turut telah menghentikan penghasilan dron mereka.

Berkongsi lanjut mengenainya, kini Reuters melaporkan yang mana GoPro terbuka untuk menjual syarikat mereka.

Ia tidak diketahui lagi siapakah yang berminat untuk mendapatkan jenama kamera aksi popular ini. Pasaran kamera aksi sendiri boleh dikatakan semakin mencabar akhir-akhir ini, apatah lagi dengan penawaran pada harga lebih kompetitif daripada beberapa jenama dari China.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perancangan pihak GoPro dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN