Cari @ Amanz

Asus pada tahun lepas telah memperkenalkan Tinker Board, iaitu salah satu alternatif Raspberry Pi. Kini, pada acara CES 2018, Asus mengumumkan kemaskini untuknya melalui apa yang dipanggil Asus Tinker Board S.

Asus Tinker Board S mengekalkan rekaan saiz yang lebih kurang sama, dan penawaran yang lebih kurang serupa. Membezakannya, kini ia menawarkan memori 2GB RAM, dan storan 16GB eMMC bersama dengannya.

Asus Tinker Board S

Ini secara tidak langsung menawarkan pengoperasian yang lebih pantas berbanding sebelum ini, dan membolehkan anda menyimpan dan menjalankan lebih banyak perkara.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Tinker Board S ini akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya. Memandangkan Tinker Board telah dipasarkan Asus Malaysia sebelum ini, maka berkemungkinan kita akan turut melihat versi kemaskini ini memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd