Pada minggu ini, beberapa pelabur Apple telah meminta Apple untuk menawarkan kawalan yang lebih baik untuk ibu bapa bagi mengawal penggunaan anak mereka pada peranti keluaran Apple.
Kini, lanjutan daripadanya, pihak Apple dilihat memberikan respon kepada WSJ, mengatakan mereka akan menawarkan kawalan yang lebih baik pada versi perisian akan datang.
Pada masa yang sama, Apple turut mengatakan mereka telah menawarkan ciri kawalan untuk kanak-kanak sejak daripada 2008 lepas, termasuk antaranya mengelak kanak-kanak membeli aplikasi, membolehkan sokongan Siri atau FaceTime dimatikan, dan pelbagai ciri yang lain.
Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah ciri yang akan ditawarkan. Kita mungkin akan dapat melihat beberapa ciri baru diperkenalkan pada iOS 12 kelak.