Google Memperkenalkan Direktori Untuk Memudahkan Anda Menemui Arahan Google Assistant

Google Memperkenalkan Direktori Untuk Memudahkan Anda Menemui Arahan Google Assistant

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Google Assistant merupakan perkhidmatan pembantu maya yang ditawarkan oleh Google, dan hadir diintegrasikan pada sistem operasi Android, dan beberapa aplikasi seperti Allo dan sebagainya.

Salah satu perkara yang mungkin tidak diketahui ramai adalah mereka boleh melakukan pelbagai perkara menarik menggunakan Google Assistant. Kini, menyedari ramai tidak mengetahui kawalan dan arahan untuknya, Google hari ini memperkenalkan sebuah direktori khusus untuknya.

Melalui direktori berkenaan, anda boleh melihat pelbagai kata kunci arahan dan apa yang boleh dilakukan oleh Google Assistant.

Bagi anda yang baru atau aktif menggunakan Google Assistant, anda boleh menyemak laman direktori baru Google ini hari ini.

Layari : Google Assistant Actions


TIPS & ULASAN