Sekurang-Kurangnya Dua Telefon BlackBerry Dijangka Akan Diperkenalkan Tahun Ini

Sekurang-Kurangnya Dua Telefon BlackBerry Dijangka Akan Diperkenalkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 9, 2018 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, seperti ramai sedia maklum, TCL kini menguruskan BlackBerry Mobile, dan mengeluarkan telefon pintar dibawah jenama BlackBerry. Menyentuh mengenai penawaran mereka pada hari ini, BlackBerry Mobile mengatakan mereka merancang untuk memperkenalkan sekurang-kurangnya dua telefon pintar baru pada 2018 ini.

Buat masa ini, apakah peranti baru yang akan diperkenalkan – termasuk dari segi spesifikasi dan sebagainya masih menjadi misteri. Ia dikatakan yang mana mereka sedang berkira-kira untuk memperkenalkan kedua-duanya dengan papan kekunci fizikal.

Seperti ramai sedia maklum, kini BlackBerry Mobile menjalankan sistem operasi Android, tetapi hadir dengan ciri-ciri tambahan seperti BlackBerry Hub, BBM dan sebagainya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perancangan pihak BlackBerry Mobile ini dalam bulan-bulan akan datang – apatah lagi dengan Mobile World Congress yang menjelang tiba tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN