Carian
Kodak Turut Menyertai Arena Kriptowang Dengan Mengumumkan KODAKCoin
January 10, 2018 Aman

Kriptowang telah menjadi salah satu fokus utama ramai pihak akhir-akhir ini, dan nampaknya, Kodak yang terkenal dengan penawaran fotografi kini turut menyertainya, dan mengumumkan KODAKCoin.

Untuk tujuan ini, Kodak bekerjasama dengan WENN Digital – dimana mereka akan melancarkan portal dan platform untuk pengurusan hak gambar melalui KODAKOne, serta menggunakan KODAKCoin untuk menerima bayaran.

Ia dikatakan jurugambar akan menerima bayaran serta-merta melalui KODAKCoin untuk gambar mereka yang dilesenkan dan sebagainya.

Kodak One

Platform KODAKOne juga akan terus menyemak web untuk melindungi hakcipta jurugambar, sekaligus mengenal-pasti penggunaan gambar yang tidak dilesenkan oleh sesetengah pihak.

KODAK mengatakan melalui platform ini, mereka ingin melindungi hak jurugambar, dan pada masa yang sama memastikan mereka dibayar dengan baik.

KODAK akan menawarkan ICO untuk KODAKCoin ini bermula 31 Januari 2018 kelak.

Komen