Carian
Pengguna Windows Lama Akan Melihat Pengurangan Prestasi Tinggi Selepas Kemaskini Meltdown & Spectre
January 10, 2018 Aman

Sejak daripada minggu lepas, salah satu perkara yang menjadi fokus ramai adalah mengenai masalah sekuriti Meltdown & Spectre yang memberikan kesan ke atas majoriti besar komputer riba seluruh dunia. Kerentanan yang dihadapi oleh sejumlah pemprosesan keluaran Intel, AMD dan ARM ini telah pun mula ditawarkan dengan kemaskini perisian yang mengatasi kerentanan berkenaan – namun, seperti diperkatakan sebelum ini, ia dijangka memberikan kesan ke atas prestasi sistem.

Kemaskini perisian untuk mengatasi kerentanan Meltdown & Spectre ini dijangka akan mengurangkan sedikit prestasi komputer pengguna berbanding sebelumnya – dan hari ini Microsoft berkongsi lanjut mengenainya.

Microsoft mengatakan pengguna Windows 10 menggunakan cip 2016 dan terkini mungkin tidak perasan akan perbezaan pada prestasi komputer mereka. Untuk pengguna Windows 10 dengan cip pemprosesan keluaran 2015 dan sebelumnya, Microsoft mengatakan mereka akan dapat melihat sedikit perbezaan pada prestasi komputer mereka berbanding sebelumnya.

Namun, Microsoft menekankan yang mana pengguna Windows 8 dan Windows 7 menggunakan cip pemprosesan keluaran 2015 dan sebelumnya dijangka akan melihat perbezaan yang sedikit tinggi pada prestasi komputer mereka.

Microsoft mengatakan perkara ini dihadapi kerana rekaan sistem operasi Windows 7 dan Windows 8 yang memerlukan pelbagai transasi pada tahap kernel – sekaligus memberikan kesan kepada keseluruhan prestasi komputer berkenaan.

Microsoft dijangka berkongsi lanjut data berkaitan ujian penanda aras dan sebagainya dalam minggu-minggu akan datang.

Komen