Teknologi Razer HyperFlux Menghasilkan Tetikus Tanpa Wayar Dan Bateri Sebenar

Teknologi Razer HyperFlux Menghasilkan Tetikus Tanpa Wayar Dan Bateri Sebenar

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Tetikus tanpa wayar mengurangkan selirat di atas meja sekaligus menjadikannya lebih kemas. Kekurangan paling ketara sistem tetikus tanpa wayar ialah ia memerlukan bateri yang perlu dicas. Penggunaan bateri juga membuatkan tetikus menjadi berat. Melalui teknologi HyperFlux, Razer akhirnya berjaya menghasilkan tetikus tanpa wayar sebenar kerana ia langsung tidak memerlukan bateri untuk beroperasi.

Sistem HyperFlux terdiri daripada sebuah tetikus dan pelapik yang berfungsi sebagai pembekal kuasa. Pelapik dipasang pada sebuah PC dan tetikus di atasnya akan sentiasa mempunyai kuasa untuk berfungsi. Kerana tiada bateri diperlukan, tetikus boleh digunakan secara tanpa wayar tanpa henti. Teknologi ini hampir serupa dengan Logitech PowerPlay yang dilancarkan tahun lalu cuma pada produk Logitech bateri masih diperlukan.

Tetikus Mamba HyperFlux dan pelapik Firefly HyperFlux akan dijual pada suku kedua 2018 dengan harga $249 (~RM 998) sepasang. Ini ialah tetikus yang pastinya amat dinantikan mereka yang benar-benar ingin bebas dari wayar.


TIPS & ULASAN