Sony Melancarkan Projektor 4K Lontaran Jarak Pendek Berharga RM 120,000

Sony Melancarkan Projektor 4K Lontaran Jarak Pendek Berharga RM 120,000

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Kehebatan Sony di dalam dunia audio visual memang tidak boleh disangkal. Televisyen Trinitron mereka menjadi standard tinggi lebih dua dekad yang lalu. Alat audio visual mereka bukan sahaja berprestasi tinggi malahan mempunyai kemasan yang premium. Mereka baru sahaja melancarkan projektor LSPX-A1 yang dijual pada harga premium $30,000 (~RM 120,000) sebuah.

Projektor dengan sokongan resolusi 4K ini mampu memaparkan imej sebesar 120 inci dengan keterangan 2500 lumens dari jarak 9.6 inci. Pada waktu yang sama ia menyokong mod HDR, mempunyai kemasan diperbuat daripada marmar dan sistem audio terbina. Dua pemacu audio turut terbina pada dua kaki aluminium di bahagian hadapan. Sony LSPX-A1 mensasarkan golongan yang mengutamakan kemasan premium dengan sentuhan estetik yang tinggi. Apabila tidak digunakan, projektor ini kelihatan seperti sebuah meja kecil di ruang tamu.


TIPS & ULASAN