Carian
Dell XPS 15 2-dalam-1 Diperkenalkan Dengan Cip Gabungan Intel Dan Radeon Terbaru
January 10, 2018 Aman

Dell sebelum ini telah memperkenalkan komputer riba dengan rekaan nirbingkai, dan pada masa yang sama menawarkan kemudahan untuk diubah menjadi tablet dibawah nama XPS 2-in-1. Hari ini pada CES 2018 hari ini, Dell turut mengambil peluang untuk memperkenalkan kemaskini untuknya, dan mengumumkan Dell XPS 15 2-dalam-1 yang terbaru.

Dell XPS 15 2-dalam-1

Komputer riba ini hadir menggunakan cip Intel Core Gen-8 yang terkini, dimana ia dilengkapi dengan sokongan grafik AMD Radeon RX Vega M. Untuk skrin, ia dilengkapi skrin 15-inci dengan sokongan paparan sehingga 4K.

Papan kekunci pada komputer riba ini juga turut menerima pembaharuan, dimana ia menggunakan mekanisma baru yang bergantung kepada magnet untuk memberikan maklumbalas ketika anda menaip. Dell memanggilnya sebagai papan kekunci maglev.

Dell XPS 15 2-dalam-1

Dell menyasarkan untuk memasarkan komputer riba baru ini sekitar April 2018 kelak. Harga jualan rasminya di Malaysia mungkin akan diketahui selepas itu.

Dell XPS 15 2-dalam-1

Komen