Colgate Memperkenalkan Berus Gigi Pintar Dilengkapi Kecerdasan Buatan

Colgate Memperkenalkan Berus Gigi Pintar Dilengkapi Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Colgate, salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena penjagaan gigi, kini telah memperkenalkan berus gigi pintar mereka tersendiri yang turut hadir dengan skongan kecerdasan buatan terbina. Dinamakan sebagai Colgate Smart Electronic Toothbrush E1 with Artificial Intelligence, ia boleh digunakan bersama iPhone sahaja buat masa ini.

Colgate Berus Gigi

Colgate mengatakan ia adalah berus gigi pertama yang menyokong Apple ResearchKit. Ia akan terus mengumpulkan pelbagai data dan menggunakan ia untuk menawarkan penjagaan gigi dan mulut yang lebih baik pada masa akan datang.

Melalui sokongan kecerdasan buatan terbina pada berus gigi ini, ia akan mempelajari penggunaan anda setiap hari dan seterusnya mengadaptasi penawaran untuk seseorang pengguna. Ia juga turut akan menawarkan sejumlah tips yang berguna untuk seseorang pengguna.

Buat masa ini, Colgate hanya mengumumkan berus gigi pintar ini untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.


TIPS & ULASAN