SteelSeries Menunjukkan Tetikus Gaming Terbaru Mereka – SteelSeries Rival 600

SteelSeries Menunjukkan Tetikus Gaming Terbaru Mereka – SteelSeries Rival 600

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

SteelSeries merupakan jenama pembuat aksesori gaming komputer yang cukup popular sekali. Terkini mereka baru sahaja mengumumkan kehadiran tetikus gaming terbaru mereka, SteelSeries Rival 600.

Rekaan tetikus Rival 600 ini cukup menarik sekali. Ia hadir dengan lima butang yang boleh diubahsuai, sebuah butang untuk menukar profil DPI dan juga lapan zon LED RGB yang boleh ditukar melalui perisian SteelSeries Engine Software.

Ia juga hadir dengan lapan pemberat 4g yang boleh diubahsuai di bahagian tepi, Ini adalah kerana peranti tetikus tersebut hanyalah seberat 96g yang cukup ringan sekali.

Ciri paling utama yang hadir pada tetikus ini ialah penggunaan sensor TrueMove 3+ yang menggabungkan dua jenis sensor yang berbeza untuk memastikan tetikus Rival 600 ini diantara yang paling tepat sekali didalam pasaran sekarang.

Sensor pertama hadir dengan ciri penjejakan 100-12000 CPI dan sela-masa yang cukup rendah sekali, manakala sensor kedua pula boleh menjejak pergerakan tetikus apabila ia diangkat daripada pad tetikus dengan tepat.

Tetikus SteelSeries Rival 600 ini sudahpun tiba di pasaran, dan kini dijual pada harga $79.99 (RM320).


TIPS & ULASAN