Peranti Daydream Kendiri Lenovo Mirage Solo Dilancarkan Bersama Mirage Camera
Artikel Berkaitan

Peranti Daydream Kendiri Lenovo Mirage Solo Dilancarkan Bersama Mirage Camera

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Platform realiti maya Daydream telah dilancarkan oleh Google  pada tahun 2016. Jutaan peranti Android boleh menggunakannya apabila dipadankan dengan Daydream View. Bagi mereka yang merasakan leceh memasukkan peranti ke dalam View, Lenovo Mirage Solo telah dilancarkan dan ia peranti realiti maya Daydream kendiri.

Peranti realiti maya kendiri ini dijana menggunakan Snapdragon 835, memori sebesar 4GB RAM dan skrin dengan sudut pemandangan 110 darjah. Sokongan WorldSense membolehkan pemakai bergerak di dalam dunia maya secara tiga dimensi. Ia turut hadir dengan pengawal Daydream Controller.

Pada waktu yang sama Lenovo Mirage Camera turut dilancarkan. Kamera ini merakam video realiti maya 180 darjah yang kemudian boleh ditonton semula menggunakan peranti realiti maya sep[erti Mirage Solo. Ia dijana pemproses Snapdragon 626, memori sebesar 2GB RAM, storan 16GB dan dwi-kamera 13-Megapixel.

Kedua-dua Lenovo Mirage Solo dan Mirage Camera akan mula dijual pada suku kedua 2018.


TIPS & ULASAN