Cari @ Amanz

Kodak hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan yang mana mereka bakal menawarkan kriptowang tersendiri dinamakan KodakCoin tidak lama lagi. Kini, selain daripadanya, pada acara CES 2018, Kodak turut dilihat menawarkan perkhidmatan penyewaan pelombong Bitcoin tersendiri yang dinamakan sebagai Kodak KashMiner.

Kodak KashMiner

Kodak KashMiner ini dilesenkan kepada syarikat Spotlite, dimana mereka menyewakannya kepada pengguna – dan hasilnya dibahagikan antara pengguna dan syarikat. Melalui KashMiner, ia akan membut pemprosesan untuk perlombongan dan mendapatkan Bitcoin.

Ia dikatakan KashMiner akan dapat dijalankan dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah berbanding pelombongan di rumah. KashMiner ini juga dilihat beroperasi di pejabat Kodak, sekaligus membolehkan mereka menggunakan sumber yang tidak digunakan untuk pelombongan ini.

Buat masa ini, ia dikatakan Kodak mempunyai sekitar 80 pelombong, dan dijangka menambah 300 lagi dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd