Cari @ Amanz

Microsoft Malaysia hari ini telah mula mengambil pra-tempahan untuk komputer riba terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Surface Laptop.

Surface Laptop

Microsoft Surface Laptop ini hadir dengan rekaan yang elegan, da menjalankan sistem operasi Windows 10 S. Pengguna perlu memasang perisian melalui Microsoft Store untuk sistem operasi berkenaan – tetapi anda turut diberikan peluang untuk naik-taraf ke versi Windows 10 penuh secara percuma untuk tempoh terhad.

Sebanyak empat variasi Surface Laptop ditawarkan di Malaysia, iaitu:

  • Intel Core i5, 4GB RAM dan 128GB SSD – RM4499
  • Intel Core i5, 8GB RAM dan 256GB SSD – RM5849
  • Intel Core i7, 8GB RAM dan 256GB SSD – RM7199
  • Intel Core i7, 16GB RAM dan 512GB SSD – RM10029

Surface Laptop

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk Surface Laptop ini bermula hari ini. Microsoft Malaysia akan tawarkannya bermula 7 Februari 2018 ini di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd