Cari @ Amanz

Di acara CES pada tahun ini, Corsair, jenama pembuat aksesori dan komponen komputer terkemuka menunjukkan beberapa peranti baru yang berkisarkan konsep teknologi wireless. Produk-produk ini termasuklah papan kekunci, tetikus dan juga pad tetikus yang baru.

Papan kekunci yang diperkatakan ialah Corsair K63, sebuah papan kekunci yang papan kekunci mekanikal yang hadir tanpa wayar. Papan kekunci K63 ini menggunakan suis mekanikal Cherry MX Red dan hadir dengan sistem pencahayaan LED dengan sokongan warna RGB. Dari segi sambungan, ia menggunakan Bluetooth, dan menurut Corsair, bateri papan kekunci ini boleh digunakan selama 75 jam sebelum ia perlu dicas.

Pada tahun lepas, Corsair memperkenalkan Concept Zeus yang hadir dengan tetikus tanpa wayar dan pad tetikus yang menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar Qi. Di CES tahun ini, konsep tersebut menjadi peranti rasmi, dibawah nama Corsair Dark Core RGB dan juga Corsair MM1000.

Tetikus Dark Core RGB hadir dengan sensor 16000 CPI, sistem pencahayaan RGB dan jangka-hayat bateri selama 24 jam. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tetikus ini menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar Qi, dan teknologi pengecasan ini hadir melalui pad tetikus MM1000.

Menurut Corsair lagi, kedua-dua tetikus Dark Core RGB dan pad tetikus MM1000 ini akan hadir di pasaran tidak lama lagi pada harga $80 (RM320) dan $90 (RM360).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd