Carian
LINE Ingin Mengintegrasikan Kriptowang Pada Aplikasi Mereka
January 10, 2018 Aman

Pada hari ini, kriptowang telah menjadi salah satu perkara yang disebut dan mencuri perhatian ramai. Pihak LINE yang popular dengan perkhidmatan permesejan yang mengintegrasikan sticker-sticker comel turut tidak ketinggalan, dan dilaporkan ingin mengintegrasikan sokongan kriptowang pada aplikasi permesejan mereka.

Menurut laporan Bloomberg, ia dikatakan Line sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk menggunakan kriptowang untuk perkhidmatan pembayaran – termasuk untuk Line Pay.

Untuk tujuan berkenaan, Line dispekulasikan bakal bekerjasama dengan penyedia pertukaran kriptowang tempatan di Korea Selatan, iaitu Upbit.

Seperti biasa, buat masa ini, ia sekadar laporan dan desas-desus awal sahaja. Berkemungkinan kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Komen