Sarung MacBook Pro Keluaran InCase Menyerap Hentakan Dan Turut Mempunyai Power Bank Terbina
Artikel Berkaitan

Sarung MacBook Pro Keluaran InCase Menyerap Hentakan Dan Turut Mempunyai Power Bank Terbina

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Sarung (sleeve) untuk komputer riba dihasilkan bagi memastikannya tidak rosak ketika disimpan di dalam beg. InCase ialah antara syarikat yang menghasilkan sarung tahan hentakan untuk MacBook. Mereka kini menghasilkan sarung MacBook Pro yang bukan sahaja tahan hentakan tetapi mempunyai power bank sebesar 14,000 mAh terbina.

InCase Connected Power Sleeve mempunyai power bank yang dengan port pengecasan USB-C dan USB-A bagi tujuan pengecasan. Ia turut hadir dengan tempat simpanan kabel USB-C. Sungguhpun begitu power bank ini tidak direka untuk mengecas MacBook Pro ketika ia disimpan di dalam beg. Ini adalah bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada port pengecas dan komputer riba di dalam beg.

Connected Power Sleeve ditawarkan dalam dua saiz iaitu 13″ dan 15″ dengan setiap satu dijual pada harga $200 (~RM 802) sebuah pada suku ketiga 2018.


TIPS & ULASAN