Penyejuk RAM bukanlah sesuatu konsep yang baru. Malah, banyak sahaja jenama-jenama pembuat memori yang hadir dengan konsep penyejuk mereka sendiri untuk menyejukkan modul memori tersebut.
Di acara CES, ADATA, sebuah syarikat pembuat komponen dan peranti berasaskan storan dan memori hadir dengan sebuah konsep penyejuk memori RAM yang dinamakan Project Jellyfish.
Penyejuk Project Jellyfish ini menggunakan plastik akrilik yang dimuatkan boleh dimuatkan dengan sebuah modul RAM yang biasa, yang kemudiannya disejukkan dengan menggunakan minyak mineral.
Konsep penyejukan minyak mineral ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana ia sering juga digunakan oleh pembina komputer yang tegar. Buat masa ini, penyejuk Project Jellyfish ini hanyalah sebuah konsep yang direka untuk menunjukkan bahawa penyejukan RAM menggunakan minyak mineral ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan.