Carian
LG
Apple Dilaporkan Bakal Menggunakan Modul Imbasan 3D Keluaran LG Untuk Face ID
January 10, 2018 Effi Saharudin

Sistem imbasan wajah Face ID ialah inovasi yang paling mendapat buatan ramai di dalam dunia telefon pintar tahun lalu. Sejak diperkenalkan pada iPhone X, ia kini turut menjadi inspirasi kepada sistem yang bakal diperkenalkan pada peranti Huawei dan Samsung tahun ini. Menurut laporan The Investor, Apple akan menggunakan model imbasan 3D keluaran LG Innotek.

Modul ini dipercayai akan digunakan pada iPhone X dan juga iPad terbaru yang akan menyokong Face ID. Tahun lalu pengeluaran iPhone X sedikit terganggu kerana kekurangan komponen Face ID. Dengan penggunaan modul ini, kerjasama di antara Apple dan LG dilihat semakin erat. Sebelum ini Apple dilaporkan menggunakan OLED keluaran LG bagi mengurangkan pergantungan kepada Samsung.

Komen