Samsung Galaxy J2 Pro (2018) Disenaraikan Dengan Skrin 5-inci Super AMOLED

Samsung Galaxy J2 Pro (2018) Disenaraikan Dengan Skrin 5-inci Super AMOLED

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Samsung kini telah pun menyenaraikan telefon pintar mampu-milik berspesifikasi rendah-pertengahan mereka yang terbaru untuk tahun 2018, iaitu Galaxy J2 Pro (2018).

Telefon pintar ini disasarkan kepada mereka yang inginkan penawaran telefon berjenama Samsung yang paling berharga kompetitif di pasaran.

Galaxy J2 Pro (2018) hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan resolusi 540×960 pixel dan menggunakan panel Super AMOLED. Melengkapkannya adalah cip empat-teras 1.4Ghz, dan memori 1.5GB RAM.

Samsung Galaxy J2 Pro 2018

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan ia turut menyertakan kamera selfie 5-megapixel dihadapan. Galaxy J2 Pro (2018) turut hadir dengan bateri 2600mAh dan dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G, serta bicu audio 3.5mm.

Dari segi penawaran, ia dilihat Galaxy J2 Pro (2018) disasarkan kepada anda yang inginkan telefon pintar untuk tujuan penggunaan asas – seperti permesejan, dan mengakses laman sosial.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Galaxy J2 Pro ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN