Western Digital Memperkenalkan Storan Mudah-Alih Menggunakan SSD – Sandisk Extreme Portable SSD Dan WD My Passport Wireless SSD

Western Digital Memperkenalkan Storan Mudah-Alih Menggunakan SSD – Sandisk Extreme Portable SSD Dan WD My Passport Wireless SSD

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Storan mudah-alih merupakan sebuah peranti yang kerap digunakan oleh para profesional didalam industri kreativiti, terutama sekali golongan jurugambar profesional yang sentiasa perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Di acara CES 2018, Western Digital mengumumkan dua storan mudah-alih yang tahan lasak, iaitu Sandisk Extreme Portable SSD dan juga WD My Passport Wireless SSD. Kedua-dua storan mudah-alih ini peranti storan mudah-alih pertama yang hadir dengan penggunaan storan SSD, dan bukan cakera keras yang biasa.

Peranti Sandisk Extreme Portable SSD hadir dengan rekaan yang cukup padat, dan boleh disambungkan ke laptop menggunakan kabel USB 3.1 Type-C Gen 2 yang menjanjikan kadar penghantaran data 550MB/s.

WD My Wireless Passport pula merupakan kemaskini kepada siri WD My Wireless Passport yang hadir sebelum ini. Ia hadir dengan ciri WiFi untuk memindahkan data, pembaca kad SD dan juga bateri yang boleh bertahan selama 15 jam dengan satu pengecasan penuh. Sama seperti storan mudah-alih Sandisk, peranti ini juga menggunakan SSD sebagai storan.

Sandisk Extreme Portable SSD hadir dengan jumlah storan 250GB, 500GB, 1TB dan 2TB, manakala WD My Wireless Passport terbaru pula hadir dengan storan 250GB, 500GB, 1TB dan 2TB juga. Kedua-dua peranti ini dikatakan akan hadir di pasaran pada bulan Februari kelak, bermula harga pada $100 (RM400) dan $250 (RM1000).


TIPS & ULASAN