Rekaan Oukitel U 18 Tertiris Menggabungkan iPhone X Dan Huawei Mate 10 Pro

Rekaan Oukitel U 18 Tertiris Menggabungkan iPhone X Dan Huawei Mate 10 Pro

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Kepopularan iPhone X menyebabkan pengeluar lain mula mengambil inspirasi dari rekaan peranti amat popular ini. Terkini rekaan Oukitel U18 telah tertiris ke arena web. Ia kelihatan seperti sebuah iPhone X dan Huawei Mate 10 Pro yang digabungkan.

Skrin hampir nirbingkai di bahagian hadapan mempunyai nisbah 18:9 lengkap dengan takuk skrin seakan iPhone X. Pada bahagian belakang pula rekaan kamera dan pengimbas cap jari amat menyerupai Huawei Mate 10 Pro. Peranti ini dipercayai akan dilengkapi skrin sebesar  5.85″ HD+, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64GB. Ia mungkin dilancarkan pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN