Cari @ Amanz

Seagate hari ini telah melancarkan beberapa produk baru, dan salah satunya adalah penawaran storan tambahan untuk peranti mudah-alih Android – sama ada tablet atau telefon pintar, dinamakan sebagai Seagate Joy Drive.

Seagate JoyDrive

Melalui Seagate Joy Drive, ia menawarkan storan tambahan sehingga 1TB yang mana boleh dihubungkan melalui sambungan mikro-USB atau USB-C. Dengannya, pengguna boleh menyimpan pelbagai fail-fail berbentuk media dan menikmatinya dengan mudah pada peranti mudah-alih.

Seagate turut mengatakan ia menawarkan penggunaan bateri tambahan – tetapi tidak berkongsi kapasiti storan untuknya dan berapa lama penawaran berkenaan.

Seagate Joy Drive akan mula dijual di China bermula Mac kelak, dan mungkin kita akan melihat ia diperluaskan ke negara-negara lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd