Carian
MYEG Menerima Kebenaran Bank Negara Untuk Penawaran Perkhidmatan Dompet Digital
January 10, 2018 Aman

Bank Negara agak aktif memberikan kebenaran kepada beberapa penyedia perkhidmatan untuk menawarkan dompet digital untuk transaksi nirtunai. Terkini, hari Bank Negara turut memberikan kebenaran kepada pihak MyEG untuk menawarkan perkhidmatan dompet digital tersendiri melalui apa yang dinamakan sebagai iPayEasy.

MYEG

Ia dikatakan pengguna akan dihadkan kepada RM1,500 melaluinya – dan tiada info lanjut mengenai bagaimana ia beroperasi dan sebagainya buat masa ini.

Namun, melalui video yang pernah dikongsikan MyEG beberapa tahun lepas untuk produk iPayEasy, ia dilihat menawarkan perkhidmatan dompet digital untuk transaksi nirtunai seperti beberapa perkhidmatan lain – dimana pengguna akan mengimbas kod QR untuk tujuan pembayaran.

Dengan kebenaran daripada pihak MyEG ini, kita mungkin akan dapat melihat perkhidmatan transaksi digital ini dilancarkan tidak lama lagi.

Komen