Samsung Game Recorder+ Akan Ditamatkan Operasinya Pada 28 Februari

Samsung Game Recorder+ Akan Ditamatkan Operasinya Pada 28 Februari

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Samsung hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan aplikasi Game Recorder+ pada 28 Februari 2018 kelak. Selepas tarikh berkenaan, aplikasi berkenaan tidak lagi akan dapat digunakan, dan Samsung menasihatkan untuk pengguna menggunakan aplikasi alternatif yang lain.

Samsung Game Recorder

Game Recorder+ merupakan salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh Samsung untuk pengguna mereka bagi memudahkan pengguna merakamkan skrin ketika memainkan permua, dan kongsikannya melalui laman seperti YouTube.

Aplikasi ini ditawarkan untuk beberapa peranti Samsung sahaja sebelum ini. Dengan perkembangan peranti baru, Samsung telah mula menawarkan beberapa aplikasi alternatif lain yang memudahkan lagi urusan rakaman dan perkongsian skrin permainan ke laman sosial. Malah, YouTube sendiri menawarkan integrasi penstriman terus melalui beberapa kaedah.

Bagi anda yang menggunakan Game Recorder+, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mencuba beberapa alternatif lain untuk tujuan rakaman skrin.


TIPS & ULASAN