Pepijat Pada MacOS Membolehkan Anda Mengubah Tetapan App Store Tanpa Kata Laluan

Pepijat Pada MacOS Membolehkan Anda Mengubah Tetapan App Store Tanpa Kata Laluan

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat kerentanan pada macOS yang membolehkan anda membuat beberapa perubahan tanpa keperluan kata laluan untuk pentadbir. Apple telah menawarkan kemaskini untuknya sebelum ini, tetapi kini masalah baru ditemui pada sistem operasi berkenaan.

Terkini, melalui kerentanan baru yang ditemui, ia membolehkan anda membuat perubahan pada Preferences di Mac App Store tanpa keperluan kata laluan. Daripada apa yang ditemui, pengguna sekiranya log masuk komputer sebagai pentadbir, mereka tidak diperlukan memasukkan kata laluan sebenar untuk nyah-kunci bahagian Preferences – salah satu perkara yang diperlukan sebelum ini.

Apple dikatakan telah mengatasi masalah kerentanan dan pepijat ini melalui kemaskini macOS versi beta terbaru – tetapi tidak diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia. Memandangkan pengguna masih perlu log masuk sebagai pentadbir sebelum dapat melakukan perubahan ini, maka risiko bahayanya adalah sedikit rendah.


TIPS & ULASAN