Oppo R9s Menerima Potongan Harga – Kini Berharga RM1398

Oppo R9s Menerima Potongan Harga – Kini Berharga RM1398

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Oppo R9s merupakan salah satu telefon pintar yang telah dilancarkan oleh Oppo pada tahun lepas, dan antara peranti popular pada suku pertama 2017. Ia pada awalnya dilancarkan di Malaysia pada harga RM1798, tetapi telah menerima potongan harga kepada RM1598 sebelum ini.

Hari ini, Oppo Malaysia sekali lagi mengumumkan potongan harga untuknya, dimana Oppo R9s kini dijual pada harga RM1398.

Oppo R9s hadir dengan skrin 5.5-inci dengan panel AMOLED, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera belakang dan hadapan 16-megapixel, serta dilengkapi bateri berkapasiti 3010 mah. Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Oppo R9s ini pada harga RM1398 bermula hari ini.

Baca : Ulasan Oppo R9s


TIPS & ULASAN