Foldimate – Sebuah Lagi Mesin Melipat Baju Automatik Diperlihatkan

Foldimate – Sebuah Lagi Mesin Melipat Baju Automatik Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Antara kerja rumah yang paling malas dilakukan ialah melipat baju. Ia mengambil masa yang lama dan memenatkan. Bagi mereka yang malas melipat baju seperti kami, Foldimate telah diperlihatkan di CES 2018. Ia sebuah lagi mesin melipat baju yang mensasarkan jualan pada tahun 2019.

Pakaian yang ingin dilipat dimasukkan ke dalam Foldimate pada bahagian atas. Mekanisme melipat kemudian akan menyusun baju yang telah dilipat pada bahagian bawah. Ia kemudian boleh dikeluarkan melalui sebuah tingkap khas. Selain pakaian, tuala dan cadar juga boleh dilipat oleh mesin ini.

Foldimate yang diperlihatkan ini ialah versi yang dikemaskini dari model asal tahun 2016. Harga jualan bermula dari $980 (~RM 3907) sebuah.


TIPS & ULASAN