Dua Insiden Bateri Meletup Dilaporkan Di Apple Store Valencia Dan Zurich

Dua Insiden Bateri Meletup Dilaporkan Di Apple Store Valencia Dan Zurich

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Apple menawarkan program pertukaran bateri peranti pada harga mampu milik bulan lalu akibat rungutan pengguna. Ujian penanda aras mengesahkan peranti diperlahankan oleh iOS sekiranya ia mengesan bateri peranti tidak lagi mampu berfungsi secara optimum. Ramai pemilik iPhone mula melakukan pertukaran bateri ini selagi ia masih ditawarkan.

Kerana peningkatan pertukaran bateri, kejadian letupan melibatkan bateri telah dilaporkan dia dua Apple Store di Eropah. Kejadian pertama berlaku di Apple Store Zurich. Apple Store ini terpaksa dikosongkan selepas sebuah bateri meletup ketika proses pertukaran dilakukan. Seramai tujuh orang dilaporkan mengalami kecederaan dengan seorang pekerja kedai mengalami lecur pada tangan.

Pada hari yang sama letupan turut dilaporkan di Apple Store Valencia Sepanyol. Pekerja sempat memadamkan api dengan menabur pasir ke atas bateri. Kedai hanya perlu dikosongkan bagi mengeluarkan asap tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Jelas di sini bateri Li-Ion pada bateri ialah komponen yang sensitif. Kesilapan ketika mengendalikannya boleh menyebabkan kemalangan yang agak serius.


TIPS & ULASAN