Sennheiser Memperkenalkan Fon Kepala Sennheiser GP600 Untuk E-Sukan

Sennheiser Memperkenalkan Fon Kepala Sennheiser GP600 Untuk E-Sukan

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Di acara CES 2018, Sennheiser, sebuah jenama pembuat peralatan audio terkemuka dilihat memperkenalkan model fon kepala untuk gaming terbaru mereka yang dinamakan Sennheiser GP600.

Fon kepala GP600 ini dibina dengan menggunakan fon kepala Sennheiser GAME ZERO sebagai rangka asas, dan menambahkan pelbagai ciri dan komponen-komponen yang cukup berkuasa untuk memastikan fon kepala GP600 ini sedia digunakan untuk acara-acara e-sukan.

Diantara penambah-baikan yang hadir pada fon kepala GP600 ini termasuklah penggunaan pembesar suara yang menggunakan gegelumg yang diperbuat daripada aluminium dan juga sistem pendakap kepala Adjustable Contact Pressure yang membolehkan pengguna mengubahsuai keketatan pendakap kepala mengikut kesesuaian mereka.

Menurut Sennheiser, fon kepala GP600 ini akan mula dijual di pasaran pada penghujung bulan Januari ini pada harga $250 (RM1000).


TIPS & ULASAN