Selebriti YouTube Logan Paul Dibuang Dari Platform Pengiklanan Premium Dan Rancangan YouTube Red

Selebriti YouTube Logan Paul Dibuang Dari Platform Pengiklanan Premium Dan Rancangan YouTube Red

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Logan Paul ialah selebriti YouTube ke-empat terkaya di dunia mengikut senarai Forbes. Beliau dipercayai menerima pendapatan $12.5 juta tahun lalu dan ini adalah lebih tinggi dari pendapatan PewDiePie. Dua minggu yang lalu beliau menimbulkan kontroversi kerana memuat naik video seorang individu membunuh diri di Aokigahara Jepun.

Komuniti YouTube secara menyeluruh mengecam tindakan tidak sensitif beliau. Ramai mahukan beliau dihukum oleh YouTube walaupun beliau amat popular. YouTube akur dengan kehendak komuniti dan Logan Paul telah ditendang keluar dari platform pengiklanan premium Google Preferred. Beliau walaubagaimanapun masih dibenarkan memuat naik video ke YouTube dan menggunakan platform pengiklanan biasa.

Selain daripada itu, beliau tidak akan muncul di dalam musim ke empat siri Foursome yang ditayangkan di YouTube Red. Kesemua projek beliau bersama YouTube Red termasuk filem The Thinning: A New World Order juga telah digantung. Hukuman yang diterima oleh Logan Paul ini sama seperti yang diterima oleh PewDiePie selepas beliau didapati bersalah memuat naik video berbaur anti-semitik awal tahun lalu.


TIPS & ULASAN