Cooler Master Memperkenalkan Siri Rangka PC Bersaiz Besar MasterCase H500M Dan H500P Mesh White

Cooler Master Memperkenalkan Siri Rangka PC Bersaiz Besar MasterCase H500M Dan H500P Mesh White

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Di acara CES 2018, Cooler Master menunjukkan beberapa perkakasan-perkakasan komputer baru, dan diantaranya ialah dua rangka komputer desktop yang cukup besar melalui MasterCase H500M dan juga MasterCase H500P Mesh White.

Rangka komputer MasterCase H500M ini hadir dengan dua panel hadapan yang berbeza, satu ialah panel dengan jaringan aluminium, manakala sebuah lagi ialah gabungan jaringan dan panel kaca terbaja yang menampakkan bahagian dalam rangka H500M ini dari luar.

Model H500M ini juga hadir dengan sokongan untuk dua kipas 200mm di bahagian hadapan dan radiator bersaiz 360mm di bahagian atas. Ini membuatkannya cukup sesuai sekali untuk binaan komputer berkuasa tinggi yang memerlukan ruang yang cukup besar untuk sistem penyejukan cecair dan sebagainya.

MasterCase H500P Mesh White pula hadir dengan rekaan rangka berwarna putih dan kaca terbaja di bahagian depan dan tepi yang cukup bersih sekali. Sama seperti rangka H500M, MasterCase H500P ini hadir dengan dua kipas penyejuk 200mm di bahagian depan, dan lebih menarik lagi, ia juga menyokong saiz kipas yang sama di bahagian atas rangka ini.

Selain dari itu, rangka H500P ini juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti pemasangan kad grafik secara menegak, penutup PSU yang boleh diubahsuai, dan juga penutup kabel untuk memastikan komputer anda lihat kemas dari luar.

Buat masa ini, Cooler Master masih belum menetapkan lagi bilakah rangka-rangka komputer terbaru buatan mereka ini akan hadir di pasaran, tetapi telah menyatakan bahawa pengguna tidak perlu tunggu lama untuk membeli rangka-rangka ini.


TIPS & ULASAN