MOL Memperkenalkan Dompet Digital One2Pay – Boleh Mula Digunakan Di Mana-Mana 7Eleven

MOL Memperkenalkan Dompet Digital One2Pay – Boleh Mula Digunakan Di Mana-Mana 7Eleven

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

MOL merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada transaksi digital – dimana mereka menyediakan perkhidmatan membuat pembayaran secara atas-talian, dan kini turut hadir dengan penawaran dompet digital dinamakan sebagai One2Pay.

One2Pay dulunya dinamakan sebagai MOLWallet. Ia telah pun menerima kebenaran Bank Negara Malaysia, membolehkan pengguna untuk menggunakannya untuk pembayaran pembelian di 7-Eleven seluruh negara. Pengguna turut boleh membuat tambah-nilai ke akaun One2Pay ini di 7-Eleven.

MOL One2Pay

Seperti biasa, pengguna akan perlu mengimbas kod QR untuk tujuan pembayaran. Buat masa ini, ia digunakan di 7-Eleven sahaja, dan mungkin diperluaskan untuk digunakan di pelbagai kedai lain dalam masa terdekat.

Selain pembayaran di kedai, dompet digital One2Pay juga turut boleh digunakan untuk menambah-nilai untuk akaun prabayar, selain boleh mengeluarkan baki akaun ke Maybank, CIMB, Public Bank dan sebagainya.

Muat-Turun MOL One2Pay untuk Android

Muat-Turun MOL One2Pay untuk iPhone


TIPS & ULASAN