Cari @ Amanz

Hyundai Motor Membuat Pelaburan Pada Grab

Oleh Aman

Link Copied!

Hyundai Motor, salah satu pengeluar kenderaan dari Korea Selatan hari ini mengumumkan yang mana mereka turut telah membuat pelaburan pada syarikat tempahan pengangkutan popular di rantau Asia Tenggara, iaitu Grab.

Dengan pelaburan ini, kedua-dua syarikat dijangka akan bekerjasama untuk beberapa perkara – termasuk menggunkan kenderaan mesra-alam IONIQ Electric untuk Grab.

Nilai pelaburan yang dilakukan oleh Hyundai Motor tidak diumumkan. Selain daripada Hyundai, beberapa syarikat automotif lain turut ada membuat pelaburan pada Grab, termasuk salah satunya adalah Toyota.


Komen ()