Casio Memperkenalkan Jam Pintar Dengan Kebolehan Mengecas Menggunakan Tenaga Solar

Casio Memperkenalkan Jam Pintar Dengan Kebolehan Mengecas Menggunakan Tenaga Solar

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti memanjat bukit, memasuki hutan dan sebagainya, Casio kini baru sahaja memperkenalkan jam pintar terbaru mereka yang hadir dengan kebolehan untuk mengecas menggunakan tenaga solar.

Jam pintar ini, yang dinamakan  Casio G-Shock Rangeman GPR B-1000 hadir dengan ciri-ciri yang cukup sesuai sekali untuk mereka dengan gaya hidup aktif.

Diantara ciri-ciri utama jam pintar ini termasuklah sistem GPSnya sendiri, altimeter, barometer, kompas dan juga termometer. Selain dari itu, ia juga kalis lumpur, sejuk, dan boleh dicas dengan hanya meletakkan jam ini di kawasan yang mempunyai sinaran matahari.

Menurut Casio, jam pintar GPR B-1000 ini akan mula dijual pada bulan April kelak pada harga $800 (RM3200). Jika anda gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak di luar, ini adalah jam pintar untuk anda.


TIPS & ULASAN