Ini Sebabnya Anda Perlu Mendapatkan Samsung Galaxy A8 | A8+ (2018)

Ini Sebabnya Anda Perlu Mendapatkan Samsung Galaxy A8 | A8+ (2018)

Diterbitkan pada Jan 30, 2018 oleh .

Setiap tahun Samsung akan menawarkan telefon pintar terkini yang dari dalam siri yang pelbagai. Jika siri Galaxy S merupakan siri tertinggi dan Note merupakan siri phablet, salah satu siri dari Samsung memfokuskan kelas pertengahan merupakan Galaxy A.

Dan bagi memulakan tahun ini, Samsung memperkenalkan Galaxy A8 (2018), yang merupakan ahli baru dalam kelas Galaxy A dan hadir pada dua variasi iaitu A8 dan A8+.

Menariknya berbanding variasi A tahun lalu, versi kali ini mengetengahkan paparan skrin bersaiz 5.6-inci, pada nisbah 18.5:9 yang merupakan trend terkini. Paparan Infinity Display ini menghasilkan bingkai yang halus, membuatkan peranti tampak elegan.

Dengan rekaan sebegini, ia membuatkan peranti lebih selesa dipegang dan digenggam. Binaan peranti ini juga agak kemas dan premium walau berada di kelas pertengahan, ia meletakkan peranti ini dalam tahap yang tinggi.

Satu lagi ciri terkini yang terdapat pada Samsung Galaxy A8 (2018) ialah Dwi-Kamera Selfie. Dwi-kamera selfie yang terdapat pada peranti ini menggabungkan kamera hadapan 16MP f/1.9 dan juga 8MP f/1.9. Dwi-kamera selfie ini menghasilkan gambar selfie berkualiti tinggi dilengkapkan dengan fungsi bokeh yang menghasilkan latar belakang kabur bagi memfokuskan subjek fotografi.


Selain dari itu, terdapat fungsi Live Focus yang membolehkan pemfokuskan dilakukan selepas merakam gambar, menambahkan kawalan buat pengguna bagi menghasilkan gambar selfie mereka. Mod tambahan juga tersedia antaranya Beauty Mode dan juga Stickers.

Selain dari dua ciri terkini ini, fungsi lain yang terdapat pada Galaxy A8 juga tidak kurang hebatnya. Kamera utama pada bahagian belakangnya mampu merakam gambar yang baik, meski dalam keadaan yang kurang pencahayaan. Ia menggunakan kamera 16MP f/1.7 PDAF yang boleh melakukan pemfokusan dengan pantas.



Salah satu fungsi terbaru yang terdapat pada Galaxy A8 dikenali sebagai Bixby Vision. Menggunakan fungsi ini, kamera dapat mengenalpasti objek, termasuk maklumat berdasarkan teks.

Ciri-ciri terakhir yang penting terdapat pada semua peranti masa kini adalah kalis air. Ini kerana telefon pintar perlu sesuai digunakan pada bila-bila masa dalam apa jua keadaan cuaca. Sejak Galaxy A7 2017, fungsi ini telahpun diketengahkan dan pada Galaxy A8 (2018) ia menyokong IP68 menjadikannya kalis air dan debu pada semua keadaan.

Selain dari ciri-ciri diatas, peranti Galaxy A8 (2018) ini dikuasakan cip pemprosesan lapan-teras, 4GB RAM, storan 32GB, Android Nougat dan juga fungsi NFC. Kapasiti bateri peranti ini pula sebesar 3,000 mAh dan menyokong pengecasan pantas. Bagi melengkapkan kesemua ciri-ciri flagship pada sesebuah peranti, ia juga turut dilengkapi Samsung Pay bagi pembayaran nirtunai yang memudahkan.

Terdapat satu lagi variasi iaitu Samsung Galaxy A8+ (2018) yang menawarkan paparan skrin lebih besar pada saiz 6-inci, dan juga bateri dengan kapasiti lebih besar iaitu 3,500 mAh. Model ini turut menampilkan kapasiti RAM yang lebih besar iaitu 6GB, dan juga kapasiti storan 64GB.

 

Dengan hadirnya Samsung Galaxy A8 | A8+ (2018), ia sekaligus menjadikan Samsung antara jenama terawal menghadirkan peranti pada tahun ini. Samsung Galaxy A8 dijual pada harga RM 1,799 manakala variasi Galaxy A8+ dijual pada harga RM 2,499. Seperti biasa anda boleh mendapatkan peranti ini di kedai rasmi serta pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia.

Beli: Samsung Galaxy A8 | A8+ (2018)

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN