Rainway Ingin Membolehkan Anda Memainkan Permainan Pada Mana-Mana Peranti Tanpa Kira Platform

Rainway Ingin Membolehkan Anda Memainkan Permainan Pada Mana-Mana Peranti Tanpa Kira Platform

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan penstriman permainan dari satu peranti ke peranti lain. Terkini, salah satu perkhidmatan yang dalam pembangunan adalah Rainway.

Rainway ingin menawarkan kemudahan untuk anda strim permainan daripada PC pada Nintendo Switch atau telefon pintar anda – dan begitu juga sebaliknya.

Rainway

Melalui laman web rasmi Rainway, mereka mengatakan perkhidmatan ini akan ditawarkan secara percuma, dan tidak memerlukan sebarang perkakasan tambahan untuk digunakan.

Beta untuk Rainway ini dijangka ditawarkan pada 20 Januari 2018 kelak. Bagi anda yang berminat, boleh mengikuti perkembangannya di laman rasmi Rainway.

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN