WhatsApp Dijangka Menawarkan Sokongan Notifikasi Pada Group Jika Anda Di Tag Rakan

WhatsApp Dijangka Menawarkan Sokongan Notifikasi Pada Group Jika Anda Di Tag Rakan

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah menambah ciri tag nama rakan pada WhatsApp Group, sekaligus memudahkan proses komunikasi anda bersama rakan lain dalam sesuatu Group. Walaubagaimanapun, dengan ratusan atau ribuan mesej diterima dalam sesuatu Group, ia mungkin sedikit sukar untuk anda mengikuti mesej-mesej yang ditujukan kepada anda.

Kini, WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri menawarkan notifikasi khusus kepada anda pada WhatsApp Group apabila anda di tag.

Apabila nama anda di tag, maka anda akan melihas sebuah butang anak panah pada bahagian tepi, membolehkan anda melangkau pelbagai mesej dan pergi terus ke mesej yang mana anda di tag.

Ikon berkenaan hanya akan diperlihatkan sekiranya anda masih belum melihat mesej berkenaan sahaja dalam WhatsApp Group.

Notifikasi Telegram

Seperti ramai sedia maklum, ciri yang lebih kurang sama telah ditawarkan melalui Telegram Messenger – sekaligus memudahkan lagi proses komunikasi dan memastikan anda tidak terlepas sebarang mesej yang ditujukan kepada anda.

Buat masa ini, masih tiada latar masa bilakah ciri berkenaan akan diaktifkan untuk semua di WhatsApp Messenger.


TIPS & ULASAN