Google Mengambil-Alih Redux Yang Menghasilkan Audio Melalui Skrin

Google Mengambil-Alih Redux Yang Menghasilkan Audio Melalui Skrin

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Rekaan skrin nirbingkai memang menarik tetapi menyebabkan pembesar suara stereo yang dihalakan ke hadapan tidak dapat lagi digunakan dengan mudah. Pixel 2 XL ialah satu-satunya peranti dengan skrin 18:9 dengan sistem ini tetapi akibatnya ia mempunyai bahagian dagu serta dahi yang lebih besar jika dibandingkan dengan Galaxy S8.

Google mungkin akan akhirnya menghasilkan peranti nirbingkai sebenar dengan sokongan seumpama pembesar suara stereo hadapan dalam masa terdekat. Menurut laporan Bloomberg, Google telah mengambil-alih firma Redux. Syarikat ini menghasilkan teknologi yang membolehkan skrin diubah kepada pembesar suara.

Dengan penggunaan teknologi ini, kekisi pembesar suara tidak perlu diletakkan di hadapan peranti sekaligus membolehkan rekaan nirbingkai sebenar. Pada waktu yang sama sistem ini turut memberikan timbal balas haptik yang baik seakan 3D Touch.


TIPS & ULASAN