Facebook News Feed Akan Mengutamakan Perkongsian Rakan-Rakan Berbanding Perkongsian Pages

Facebook News Feed Akan Mengutamakan Perkongsian Rakan-Rakan Berbanding Perkongsian Pages

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Facebook hari ini mengumumkan perubahan pada News Feed, dimana dalam masa bulan-bulan akan datang, perubahan berperingkat akan diperkenalkan padanya. Facebook kelak akan mengutamakan perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terlebih dahulu berbanding dengan perkongsian umum seperti daripada Pages.

Facebook mengatakan mereka akan mengutamakan perkongsian yang menghasilkan perbincangan dan interaksi dikalangan pengguna berbanding sebelum ini.

Facebook turut mengatakan pengguna akan melihat perkongsian daripada rakan-rakan lebih tinggi berbanding sebelum ini, dan mengurangkan paparan perkongsian daripada Pages – termasuk video dan sebagainya.

Facebook Pages juga dijangka mempunyai capaian yang sedikit rendah berbanding sebelum ini – tetapi perkongsian Pages yang menghasilkan interaksi mungkin tidak melihat perubahan capaian yang tinggi.

Facebook turut menekankan yang mana perubahan ini akan masih memperlihatkan perkongsian Pages pada News Feed, dan bukannya seperti perkongsian sebelum ini yang membawa semua perkongsian Pages ke tab baru dinamakan Explore Tab.


TIPS & ULASAN