Program gantian bateri untuk iPhone ditawarkan oleh Apple bagi menyelesaikan masalah peranti diperlahankan apabila bateri tidak berfungsi secara optimum. Bateri boleh diganti pada harga yang lebih murah dari biasa dan ini diharap akan mengurangkan kemarahan pengguna.
Bagi pengguna iPhone 6 Plus, mereka perlu menanti lebih lama untuk bateri diganti. Menurut laporan MacRumors, mereka mendapat memo dalaman dari pihak Apple yang mengatakan proses gantian bateri peranti ini akan mengalami kelewatan sehingga bulan Mac. Kelewatan berlaku kerana kekurangan bekalan bateri gantian untuk 6 Plus. Kelewatan telahpun dilaporkan di Amerika Syarikat, Timur Barat dan Turki. Bagi pengguna model lain, masalah ini tidak berlaku. Sudahkan anda melakukan gantian bateri iPhone?
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.
dengan akaun AmanzMe anda untuk komen.