OnePlus 6 Menggunakan Snapdragon 845 Disasarkan Untuk Diperkenalkan Pada Penghujung Suku Kedua 2018

OnePlus 6 Menggunakan Snapdragon 845 Disasarkan Untuk Diperkenalkan Pada Penghujung Suku Kedua 2018

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Dengan permulaan tahun baru, pelbagai syarikat membuat sasaran dan perancangan tahunan. Tidak ketinggalan adalah pihak OnePlus.

Berkongsi kepada pihak CNet, CEO OnePlus mengatakan pengguna mungkin boleh melihat telefon pintar OnePlus seterusnya pada penghujung suku kedua tahun ini.

OnePlus 5T

Ini sekaligus meletakkan berkemungkinan kita akan melihat telefon OnePlus seterusnya ini sekitar bulan Jun kelak.

Pada masa yang sama, CEO OnePlus turut mengatakan yang mana telefon seterusnya daripada mereka itu akan menjalankan cip Snapdragon 845.

Dengan memperkenalkan pada suku kedua, OnePlus boleh mengekalkan latar masa pengenalan kemaskini telefon – dan pada masa yang sama mengelak daripada keperluan bersaing dengan pelbagai syarikat gergasi – terutamanya Samsung dan Huawei.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan-bulan akan datang untuk mengetahui lanjut mengenai telefon pintar OnePlus akan datang ini.


TIPS & ULASAN