Carian
NVIDIA Mengeluarkan Kemaskini Untuk Mengekang Masalah Memori CPU Spectre
January 12, 2018 Nazrin

Masalah CPU Spectre dan Meltdown boleh dikatakan memberi cukup banyak masalah kepada semua orang yang menggunakan komputer, tidak kira mereka seorang pengguna biasa, ataupun pembina komponen komputer.

NVIDIA dilihat hadir dengan kemaskini terbaru yang memperbaiki masalah kerentanan memori CPU yang hadir melalui Spectre. NVIDIA menyatakan walaupun kerentanan Meltdown tidak mendatangkan sebarang masalah kepada GPU mereka, tetapi Spectre masih suatu kerisauan kerana ia satu masalah yang dihadapi oleh semua CPU, tidak kira jenama atau jenis.

Kemaskini ini hadir untuk semua kad grafik NVIDIA, termasuklah model GeForce, Quadro dan juga Tesla.

Komen