Sistem navigasi GPS kini semakin menjadi fungsi standard pada kebanyakan kereta moden. Tetapi dari pengalaman peribadi, sistem GPS terbina ini tidak sebaik sistem navigasi popular seperti Waze. Di CES, Waze telah mengumumkan kerjasama dengan Ford untuk menggunakan aplikasi mereka pada sistem HUD kenderaan.
Pada suku kedua 2017, kenderaan Ford yang mempunyai sistem SYNC 3 akan boleh memaparkan Waze. Ini dilakukan menerusi sambungan peranti iOS dengan SmartDeviceLink. Apabila dipaparkan pada sistem LCD kenderaan, pengguna turut boleh menggunakan Spotify dan kawalan suara Waze. Buat masa ini hanya peranti iOS disokong tanpa sebarang maklumat mengenai peranti Android buat masa ini.