Boeing Memperlihatkan Dron CAV Untuk Penghantaran Kargo Masa Hadapan
Artikel Berkaitan

Boeing Memperlihatkan Dron CAV Untuk Penghantaran Kargo Masa Hadapan

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Dron akan mengubah dunia dalam masa terdekat. Penghantaran barangan akan menjadi lebih pantas dengan ujian sudah berjaya dilakukan di negara seperti Singapura. Tetapi majoriti dron yang dibangunkan sekarang tidak direka untuk membawa barangan yang berat.

Menyedari wujudnya keperluan untuk menghantar kargo yang lebih berat, Boeing telah memperlihatkan konsep dron swaterbang Cargo Air Vehicle (CAV) mereka di bawah program eVTOL (electric vertical take off and landing). Dron CAV ini hanya mengambil masa tiga bulan untuk dihasilkan dan dilengkapi lapan kipas. Ia menggunakan bateri sepenuhnya dan mampu membawa kargo seberat  220 kilogram dengan jarak penerbangan sekitar 32 kilometer.

Di masa hadapan mungkin kewujudan dron gergasi seperti CAV akan menjadi kebiasaan bersama dengan teksi terbang.


TIPS & ULASAN