Nokia 8 Menerima Skor DxO Sebanyak 68 – Lebih Rendah Berbanding iPhone 6

Nokia 8 Menerima Skor DxO Sebanyak 68 – Lebih Rendah Berbanding iPhone 6

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Tahun lalu Google Pixel 2 dinobatkan sebagai peranti dengan kemampuan kamera terbaik pernah dihasilkan untuk peranti pintar oleh DXO Mark. Ia menerima 98 markah dan berada di hadapan iPhone X (97) dan Huawei Mate 10 Pro (97). Nokia 8 akhirnya diuji oleh DXO dan markah yang diterima adalah hanya sebanyak 68 markah.

Ini meletakkannya di belakang iPhone 6 (73) dan Meiuz Pro 7 Plus (71). Komen yang diberikan ialah gambar dari peranti utama Nokia ini kurang tajam dengan warna yang kurang baik berbanding pesaing. Masalah noise yang ketara serta softening boleh dilihat di dalam situasi pencahayaan yang kurang baik. Ketajaman gambar juga tidak sebaik peranti lain yang diuji oleh DXO.


TIPS & ULASAN