Jabra Elite 65t Dan Elite Active 65t Dilancarkan Dengan Sokongan Pembantu Maya

Jabra Elite 65t Dan Elite Active 65t Dilancarkan Dengan Sokongan Pembantu Maya

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Bagi mereka yang benci dengan wayar fon telinga berselirat, fon telinga tanpa wayar dengan sokongan Bluetooth semakin banyak ditawarkan. Jabra ialah antara pengeluar yang mengeluarkannya, Mereka telah memperkenalkan dua model baru yang menyokong pembantu maya.

Jabra Elite 65t ialah fon telingan tanpa wayar yang mampu berfungsi selama lima jam dengan sekali caj. Dengan penggunaan dok pengecas khas, fon telinga ini boleh berfungsi selama 15 jam. Selain Google Assistant dan Siri, Elite 65t kini mula menyokong Alexa. Ia akan mula dijual di Malaysia pada bulan Mac pada harga RM799 sepasang.

Jabra Elite Active 65t pula ialah versi untuk mereka dengan gaya hidup aktif. Dengan ketahanan peluh dan debu IP56, fon telinga ini boleh digunakan ketika melakukan aktiviti sukan. Seperti Elite 65t, Elite Active 65t turut mampu beroperasi selama lima jam. Terdapat jaminan dari kerosakan air selama dua tahun ditawarkan. Ia akan mula dijual di Malaysuia pada bulan Mei pada harga RM 899 sepasang.


TIPS & ULASAN